Sunday, March 8, 2009


PENERAJU KEPIMPINAN KRMB



SYABAS "NEW PRESIDEN" MANDAD BARU


Syabas dan tahniah kepada Kelab Rakan Muda Beaufort (KRMB) kerana berjaya menjalankan dan melaksanakan mesyuarat agung yang kedua selepas penubuhanya. Terlebih dahulu tahniah kepada peneraju utama yang baru KRMB MR JOE (Junidin Jamlan) atas perlantikan dan kepercayaan penuh ahli KRMB terhadap beliau sebagai peneraju utama KRMB.Walaubagaimanapun ini adalah atas kesinambungan daripada Mantan Presiden yang mana perjuangan KRMB harus diteruskan.
Saya juga merasa terharu atas perletakan jawatan Mantan Presiden kerana beliau adalah individu yang saya anggap bukan senang untuk mencari penggantinya.Namun saya juga tidak menolak atau memperkecilkan kebolehan NEW PRESIDEN kerana saya percaya beliau juga mempunyai kehebatanya tersendiri.Saya sempat mengusik NEW PRESIDEN selepas AGM lalu dan mengatakan "Awas tembakan yang bertubi-tubi" dan beliau tersenyum lebar mendengarnya, ini bermaksud MR NEW PRESIDEN agak faham maksud saya, iaitu Presiden harus bersedia dengan pelbagai sudut fizikal dan mental dalam penerajuan KRMB yang mempunyai pelbagai ragam.
KRMB perlu memikirkan beberapa pendekatan dalam pentadbiran Kelab itu terutamanya isu kewangan dan pendaftaran Kelab.Bagi saya isu ini harus diketengahkan demi menjamin keberkesanan dan secara tidak langsung dapat membuktikan kejayaan dan kegemilangan Kelab.Isu Kewangan adalah salah satu isu yang paling Panas untuk mana-mana kelab dan persatuan kerana tanpa kewangan agak sukar untuk menjalankan atau melaksanakan aktiviti dan program yang dirancang.Untuk isu pendaftaran pula NEW PRESIDEN perlu ambil serius perkara ini memandangkan isu ini agak lama tertangguh disebabkan Proses ROS yang masih dalam menunggu kelulusan sijll pendaftaran.NEW PRESIDEN perlu lebih aggresif dalam menangani isu ini dengan khidmat nasihat Pegawai Jabatan Belia dan Sukan (P) Bahagian Beaufort dan orang-orang yang tertentu di HQ Kota Kinabalu.Saya mendapat tahu dua isu ini adalah isu yang sama dirasai untuk semua KRM Seluruh Sabah kerana isu ini berkaitan antara satu sama yang lain yang mana tanpa kelulusan pihak ROS KRM tidak dapat membuka sebarang akaun Kelab dan kewangan daripada pihak Kementerian tidak dapat menyalurkan peruntukan untuk KRM di seluruh Sabah khasnya.
Walaubagaimanapun untuk tahun ini KRMB mampu menarik nafas lega sedikit disabkan pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia memberi atau memperuntukkan 5 Program untuk dilaksanakan oleh KRMB dengan seliaan pihak Jabatan Belia dan Sukan (P) Bahagian Beaufort.Namun ini adalah cabaran untuk NEW PRESIDEN bagaimana untuk merancang dan meneliti program yang sesuai dalam kontaks tajuk yang dicadangkan oleh pihak Kementerian kerana program yang diberikan hanya berdasarkan Gaya Hidup Rakan Muda, jadi apapun jenis Program dan Aktiviti perlu bersesuaian dengan persekitaran dan keadaan di daerah Beaufort.
"GOOD LUCK NEW PRESIDEN"

2 comments:

Anonymous said...

bravo....bravo mr new presiden..tag line aku jan ambik..-mr presiden- tetap aku..hahahhha...gud luck ko atur KRMB joebourse.....pndai2 la ko ar...kasi up KRMB.....member2 makacih sb kc can aku try handle KRMb utk 1 thn..anyway " i came here not to be serve but to serve"...Bravo KRMB....
-MR PRESIDEN-

BELL said...

Bravo lah c joe..ko jgn kasi jourbuz KRMB ek..aku masih ingat kata-kata ko mau kasi mantep itu KRMB, orng lama sila keluar dari KRMB, kasi can org baru..hahahahaaha...

-KeDuRaU BeRsPeK-