Sunday, March 8, 2009

MENTOR KELAB RAKAN MUDA

Jutaan dan terima kasih kepada Kelab Rakan Muda Beaufort (KRMB) kerana melantik saya untuk memegang potfolio sebagai Mentor dalam KRM Beaufort.Agak keberatan dan bukan satu tugas yang mudah untuk saya menerima jawatan ini namun atas dasar tanggungjawab dan perjuangan saya dalam bersama-sama membentuk remaja dan belia yang berkualiti saya dengan Sukarela menerima Jawatan ini. Namun saya perlu mengigatkan diri saya sendiri bahawa saya tidak memandang apa bentuk jawatan, tetapi saya lebih memandang apa yang dikerjakan dalam jawatan.

Apa yang saya inginkan untuk semua ahli KRMB bahawa biasakan kita bekerja dengan penuh Progresif dan Produktif, dengan dua perkara inilah yang membawa saya hingga ketahap sekarang. Saya tidak pernah rasa saya berjaya dalam melaksanakan dan menjalankan pelbagai bentuk program kerana saya merasakan saya ingin sentiasa membuat kejutan demi kejutan dalam tugas hakiki saya di dalam semua bentuk program yang saya sertai."NEW Exsplore" adalah salah satu prinsip yang saya gunakan bila saya menyertai dalam Pasukan Pelaksana Program, saya inginkan saya sentiasa merasakan bahawa saya serba kekurangan bila saya berkhidmat.

"Saya tidak pernah saya membantu atau menolong dalam program tetapi saya berkhidmat" perkataan ini adalah yang sering saya katakan bila saya ditanya tentang penglibatan saya dalam kebanyakkan Program Jabatan-Jabatan dan persatuan atau Kelab, kerana saya menganggap Remaja (RAKAN MUDA) dan belia adalah aset negara akan datang yang akan membimbing dan meneraju anak-anak bangsa kita dimasa akan datang, jadi saya rasa saya perlu bertanggungjawab untuk membantu Rakan Muda dan Belia masa kini untuk masa akan datang dalam Pembangunan Modal Insan yang berkualiti.
Oleh yang demikian marilah semua ahli KRMB kita bekerja dan berkhidmat bersama-sama dalam pembangunan KELAB RAKAN MUDA kearah sebuah kelab yang boleh membimbing ahli Remaja dan Belia.Jangan menganggap kejayaan itu sebagai sesuatu yang boleh kita banggakan tetapi sesuatu kemajuan yang boleh dijadikan panduan dimasa akan datang.
"GO TO PROGRESS NOT TO SUCKSES"

2 comments:

Anonymous said...

cayo la angkayau...meimang ko la mentor yang di cari2...hahahaha...kawan aku ba ini...sapa pny cadangan kc wujud portfolio mentor ar...

Anonymous said...

sia kenal ini org.ini org memang bagus dan penuh semangat. tp tda silap sia, si tuan ini pernah dilantik juga kmb sptg suatu masa dulu oleh. cuma berdasarkan cadangan penggerak masa itu. yang mana kata beliau utk meningkatkan kemajuan kmb sptg tp sia tda tau mcmana keadaannya kmb sptg skrg. sia bkn apa cuma mengharapkan si tuan ini juga dapat mmbantu kmb sptg juga. walaubagaimanapun syabas kepada tuan