Saturday, May 8, 2010


Fasilitator
Program Pemimpin Belai Berkaliber Negeri Sabah
Mimpian Jadi Resort, Tuaran
6 hingga 9 Mei 2010

Wednesday, March 3, 2010


Fasilitator
PROGRAM BELIA BESTARI
Negeri Kedah, Perlis dan Langkawi
Di Pusat Latihan Daerah Padabg Terap

Friday, May 29, 2009

Mentor Program Belia Bestari Peringkat Negeri Sarawak

Assalamualailum W.B.T

Terlebih dahulu ingin memohon maaf kerana sekian lamanya blogni tak di Update,kerana kesibukan dalam pelbagai tugasan hakiki harian.
Setelah sekian lamanya tak bertemu di blog, kalini saya ingin berkongsi cerita tentang penglibatan dan pengalaman baru dalam hidup saya yang mungkin tak dapat dilupakan.
Ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Tuan Muji ( Panji Warisan ) iaitu sebuah Juruperunding Program Latihan kerana memberi peluang untuk melibatkan diri dalam pengendalian Program Belia Bestari Peringkat Negeri Sarawak, yang mana hanya tiga orang terlibat sebagai Fasilitator yang mewakili Konsultan ini.
Pengalaman bertemu dengan Belia Sarawak adalah pengalaman yang cukup berharga buat saya dengan jentera pelaksana yang mantap Program ini berjaya dikendalikan dengan berjaya.Dikesempatan ini penghargaan dan terima kasih diucapkan buat Ben (Orang Sabah yang bertugas di sana), Tuan Mazlan ( Pegawai ), Fazilawati ( Pegawai ), Tuan Muji (Ketua Fasilitator), Tuan Datu Asran (Rakan Fasilitator), Zuraimi ( Kemkom), Ika (Urusetia), Faiz (Urusetia), Zainal (Urusetia) yang merupakan orang kuat program dan Tuan Hj (Ustaz/Fasilitator Keagamaan) dan rakan-rakan lain yang banyak memberi pengalaman baru buat saya dalam sama-sama menjayakan Program ini.
Dalam Program ini berkesempatan berjumpa dengan pelbagai lapisan belia dengan pelbagai dialek bahasa unik di Negeri ini, walaupun tak fasih berbahasa tempatan di sini, saya mampu memahami komunikasi mereka. Dalam kajiselidik yang dibuat, terdapat peserta yang mempunyai palbagai Kerjaya yang berminat dalam menyertai Program ini, ada Guru KAFA, Pengurus Butik dan sebagainya.
Terdapat pelbagai jenis makanan yang pertama kali ditemui dalam program ini antaranya Nasi Goreng Kembayau, Kari Nangka, Laksa Sarawak dan sebagainya.Dalam Program ini pihak Konsultan banyak terlibat dalam Modul Latihan dan Input dari sudut Psikologi Belia.Manakala tindakan Pihak Urusetia yang diketuai oleh Kem komandan bertindak sebagai HardCore berkaitan dengan Peserta.Dalam Kajian pihak Konsultan disepanjang Program ini, ramai peserta yang menunjukkan perubahan yang ketara dalam Penampilan Peribadi,tingkah laku dan sebagainya.Namun Perubahan ini adalah dengan kerjasama semua pihak yang bertungkus-lumus dalam kordinasi perjalanan Program sehingga berjaya.Diharap Program ini dapat diteruskan oleh Pihak Kementerian Belia dan Suka Malaysia dalam pembentukan Jatidiri Belia Di seluruh Malaysia.

Sunday, March 8, 2009

MENTOR KELAB RAKAN MUDA

Jutaan dan terima kasih kepada Kelab Rakan Muda Beaufort (KRMB) kerana melantik saya untuk memegang potfolio sebagai Mentor dalam KRM Beaufort.Agak keberatan dan bukan satu tugas yang mudah untuk saya menerima jawatan ini namun atas dasar tanggungjawab dan perjuangan saya dalam bersama-sama membentuk remaja dan belia yang berkualiti saya dengan Sukarela menerima Jawatan ini. Namun saya perlu mengigatkan diri saya sendiri bahawa saya tidak memandang apa bentuk jawatan, tetapi saya lebih memandang apa yang dikerjakan dalam jawatan.

Apa yang saya inginkan untuk semua ahli KRMB bahawa biasakan kita bekerja dengan penuh Progresif dan Produktif, dengan dua perkara inilah yang membawa saya hingga ketahap sekarang. Saya tidak pernah rasa saya berjaya dalam melaksanakan dan menjalankan pelbagai bentuk program kerana saya merasakan saya ingin sentiasa membuat kejutan demi kejutan dalam tugas hakiki saya di dalam semua bentuk program yang saya sertai."NEW Exsplore" adalah salah satu prinsip yang saya gunakan bila saya menyertai dalam Pasukan Pelaksana Program, saya inginkan saya sentiasa merasakan bahawa saya serba kekurangan bila saya berkhidmat.

"Saya tidak pernah saya membantu atau menolong dalam program tetapi saya berkhidmat" perkataan ini adalah yang sering saya katakan bila saya ditanya tentang penglibatan saya dalam kebanyakkan Program Jabatan-Jabatan dan persatuan atau Kelab, kerana saya menganggap Remaja (RAKAN MUDA) dan belia adalah aset negara akan datang yang akan membimbing dan meneraju anak-anak bangsa kita dimasa akan datang, jadi saya rasa saya perlu bertanggungjawab untuk membantu Rakan Muda dan Belia masa kini untuk masa akan datang dalam Pembangunan Modal Insan yang berkualiti.
Oleh yang demikian marilah semua ahli KRMB kita bekerja dan berkhidmat bersama-sama dalam pembangunan KELAB RAKAN MUDA kearah sebuah kelab yang boleh membimbing ahli Remaja dan Belia.Jangan menganggap kejayaan itu sebagai sesuatu yang boleh kita banggakan tetapi sesuatu kemajuan yang boleh dijadikan panduan dimasa akan datang.
"GO TO PROGRESS NOT TO SUCKSES"

PENERAJU KEPIMPINAN KRMB



SYABAS "NEW PRESIDEN" MANDAD BARU


Syabas dan tahniah kepada Kelab Rakan Muda Beaufort (KRMB) kerana berjaya menjalankan dan melaksanakan mesyuarat agung yang kedua selepas penubuhanya. Terlebih dahulu tahniah kepada peneraju utama yang baru KRMB MR JOE (Junidin Jamlan) atas perlantikan dan kepercayaan penuh ahli KRMB terhadap beliau sebagai peneraju utama KRMB.Walaubagaimanapun ini adalah atas kesinambungan daripada Mantan Presiden yang mana perjuangan KRMB harus diteruskan.
Saya juga merasa terharu atas perletakan jawatan Mantan Presiden kerana beliau adalah individu yang saya anggap bukan senang untuk mencari penggantinya.Namun saya juga tidak menolak atau memperkecilkan kebolehan NEW PRESIDEN kerana saya percaya beliau juga mempunyai kehebatanya tersendiri.Saya sempat mengusik NEW PRESIDEN selepas AGM lalu dan mengatakan "Awas tembakan yang bertubi-tubi" dan beliau tersenyum lebar mendengarnya, ini bermaksud MR NEW PRESIDEN agak faham maksud saya, iaitu Presiden harus bersedia dengan pelbagai sudut fizikal dan mental dalam penerajuan KRMB yang mempunyai pelbagai ragam.
KRMB perlu memikirkan beberapa pendekatan dalam pentadbiran Kelab itu terutamanya isu kewangan dan pendaftaran Kelab.Bagi saya isu ini harus diketengahkan demi menjamin keberkesanan dan secara tidak langsung dapat membuktikan kejayaan dan kegemilangan Kelab.Isu Kewangan adalah salah satu isu yang paling Panas untuk mana-mana kelab dan persatuan kerana tanpa kewangan agak sukar untuk menjalankan atau melaksanakan aktiviti dan program yang dirancang.Untuk isu pendaftaran pula NEW PRESIDEN perlu ambil serius perkara ini memandangkan isu ini agak lama tertangguh disebabkan Proses ROS yang masih dalam menunggu kelulusan sijll pendaftaran.NEW PRESIDEN perlu lebih aggresif dalam menangani isu ini dengan khidmat nasihat Pegawai Jabatan Belia dan Sukan (P) Bahagian Beaufort dan orang-orang yang tertentu di HQ Kota Kinabalu.Saya mendapat tahu dua isu ini adalah isu yang sama dirasai untuk semua KRM Seluruh Sabah kerana isu ini berkaitan antara satu sama yang lain yang mana tanpa kelulusan pihak ROS KRM tidak dapat membuka sebarang akaun Kelab dan kewangan daripada pihak Kementerian tidak dapat menyalurkan peruntukan untuk KRM di seluruh Sabah khasnya.
Walaubagaimanapun untuk tahun ini KRMB mampu menarik nafas lega sedikit disabkan pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia memberi atau memperuntukkan 5 Program untuk dilaksanakan oleh KRMB dengan seliaan pihak Jabatan Belia dan Sukan (P) Bahagian Beaufort.Namun ini adalah cabaran untuk NEW PRESIDEN bagaimana untuk merancang dan meneliti program yang sesuai dalam kontaks tajuk yang dicadangkan oleh pihak Kementerian kerana program yang diberikan hanya berdasarkan Gaya Hidup Rakan Muda, jadi apapun jenis Program dan Aktiviti perlu bersesuaian dengan persekitaran dan keadaan di daerah Beaufort.
"GOOD LUCK NEW PRESIDEN"

Friday, March 6, 2009

Cadangan Logo Sukarelawan Jiran Muda

Ini adalah cadangan untuk logo Sukarelawan Jiran Muda untuk Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional. Untuk pengetahuan anda, saya juga selalu terlibat dalam kerja-kerja kesukarelawan Jabatan ini dalam pelbagai aktiviti dan Program yang dianjurkan.Jutaan Terima Kasih Kepada En. Awang Anak (Pegawai JPNIN Daerah Beaufort) kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar serta galakkan dalam minat saya membuat dan berkhidmat pada jabatan ini.Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat baik saya yang terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa RT (Rukun Tetangga) yang banyak membantu saya melaksanakan tugas-tugas dalam pelbagai bentuk Program dan aktiviti.Jasa baik anda saya hargai dan sanjung tinggi..Kepada Sukarelawan Jiran Muda, ingatlah jadilah sukarelawan yang berbakti secara ikhlas dan juga ingatlah biasakan diri kita saya ingin berkongsi prinsip saya dalam kegiatan ini iaitu "SAYA TIDAK PERNAH MEMBANTU,TETAPI SAYA BRKHIDMAT".Tidak semua orang yang boleh merasakan keseronokan dalam melaksanakan kerja-kerja sukarelawan,hanya anda sahaja yang dapat menilainya..."GOOD LUCK"

IKLAN BLOG