Friday, May 29, 2009

Mentor Program Belia Bestari Peringkat Negeri Sarawak

Assalamualailum W.B.T

Terlebih dahulu ingin memohon maaf kerana sekian lamanya blogni tak di Update,kerana kesibukan dalam pelbagai tugasan hakiki harian.
Setelah sekian lamanya tak bertemu di blog, kalini saya ingin berkongsi cerita tentang penglibatan dan pengalaman baru dalam hidup saya yang mungkin tak dapat dilupakan.
Ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Tuan Muji ( Panji Warisan ) iaitu sebuah Juruperunding Program Latihan kerana memberi peluang untuk melibatkan diri dalam pengendalian Program Belia Bestari Peringkat Negeri Sarawak, yang mana hanya tiga orang terlibat sebagai Fasilitator yang mewakili Konsultan ini.
Pengalaman bertemu dengan Belia Sarawak adalah pengalaman yang cukup berharga buat saya dengan jentera pelaksana yang mantap Program ini berjaya dikendalikan dengan berjaya.Dikesempatan ini penghargaan dan terima kasih diucapkan buat Ben (Orang Sabah yang bertugas di sana), Tuan Mazlan ( Pegawai ), Fazilawati ( Pegawai ), Tuan Muji (Ketua Fasilitator), Tuan Datu Asran (Rakan Fasilitator), Zuraimi ( Kemkom), Ika (Urusetia), Faiz (Urusetia), Zainal (Urusetia) yang merupakan orang kuat program dan Tuan Hj (Ustaz/Fasilitator Keagamaan) dan rakan-rakan lain yang banyak memberi pengalaman baru buat saya dalam sama-sama menjayakan Program ini.
Dalam Program ini berkesempatan berjumpa dengan pelbagai lapisan belia dengan pelbagai dialek bahasa unik di Negeri ini, walaupun tak fasih berbahasa tempatan di sini, saya mampu memahami komunikasi mereka. Dalam kajiselidik yang dibuat, terdapat peserta yang mempunyai palbagai Kerjaya yang berminat dalam menyertai Program ini, ada Guru KAFA, Pengurus Butik dan sebagainya.
Terdapat pelbagai jenis makanan yang pertama kali ditemui dalam program ini antaranya Nasi Goreng Kembayau, Kari Nangka, Laksa Sarawak dan sebagainya.Dalam Program ini pihak Konsultan banyak terlibat dalam Modul Latihan dan Input dari sudut Psikologi Belia.Manakala tindakan Pihak Urusetia yang diketuai oleh Kem komandan bertindak sebagai HardCore berkaitan dengan Peserta.Dalam Kajian pihak Konsultan disepanjang Program ini, ramai peserta yang menunjukkan perubahan yang ketara dalam Penampilan Peribadi,tingkah laku dan sebagainya.Namun Perubahan ini adalah dengan kerjasama semua pihak yang bertungkus-lumus dalam kordinasi perjalanan Program sehingga berjaya.Diharap Program ini dapat diteruskan oleh Pihak Kementerian Belia dan Suka Malaysia dalam pembentukan Jatidiri Belia Di seluruh Malaysia.

No comments: